Assalammualaikum wbt sume dan slamt pagi..Hari nie Acap nk off topic skit..kali ini ttg islam liberal..apa yg dimksudkn dgn silam liberal?..apakh kesannya?..apa punca wujudnya fhamn sebegini?..
Apa yang dimaksudkan dengan Islam Liberal?
Islam Liberal adalah satu fahaman sesat yang berpunca daripada perasaan rendah
diri, tidak yakin pada diri sendiri dan mengagungkan cara-cara pemikiran Barat.
Menurut kamus dewan, Liberal bermaksud berpandangan atau bersifat bebas tanpa
dikongkong oleh sesuatu aliran pemikiran yang lain.
Merujuk pada di atas, Islam sememangnya satu
agama yang liberal. Ia membebaskan manusia daripada dibelenggu penyembahan sesama
makhluk, bahkan juga ia juga membebaskan manusia daripada penindasan, kezaliman
dan penghinaan sesama manusia. Agama Islam juga memiliki dasar terbuka terhadap
peradaban manusia selagi ia tidak melibatkan syirik yang menyekutukan Allah
SWT, perbuatan yang menyalahi syariat-Nya dan kepercayaan khurafat yang
merendahkan kedudukan manusia sehingga ke arah kebinatangan.
Jadi, apa yang dimaksudkan dengan Islam
Liberal? Maksudnya di sini adalah penambahan perkataan ‘Liberal’ pada Islam
yang sudah semestinya liberal adalah sesuatu yang diada-adakan, tidak tulen dan
meniru pengaruh-pengaruh luar. Secara tidak langsung ia akan menunjukkan
unsur-unsur yang tidak memahami konsep dalam Islam itu sendiri secara
menyeluruh. Apa yang dikehendaki oleh fahaman ini adalah ciri keterbukaan dan
kebebasan yang lebih daripada apa yang sedia ada dalam syariat Islam yang asli
lagi tulen.
Golongan ini muncul hasil dari jangka masa
yang lama oleh Barat terhadap umat Islam. Secara tidak langsung, ia telah
mempengaruhi umat Islam dari segi psikologi amnya. Terdapat dua fenomena
psikologi yang mempengaruhi umat Islam ketika zaman kemunduran dan penjajahan
iaitu penjajahan oleh negara-negara Barat dan ketinggalan dari sudut sains dan
teknologi. Apabila umat Islam berhadapan dengan kedua-dua fenomena ini, sikap
umat telah terbahagi kepada empat.
Golongan yang pertama adalah mereka yang
merasa putus asa secara keseluruhan dan duduk diam tanpa berbuat apa-apa dan
menerimanya sebagai satu ketentuan yang sememangnya merendah dan memundurkan
diri mereka.
Golongan kedua pula mereka berpendapat bahawa agama
adalah salah satu faktor penghalang bagi mereka untuk mencapai kemajuan dan
kekuatan. Justeru itu, mereka memilih untuk memisahkan Islam daripada kehidupan
seharian. Formula memisahkan ini digelar ‘sekularisme’ dan ia terbukti berkesan
mengingatkan bahawa semua negara Barat yang berkuasa lagi maju
mempraktikkannya.
Golongan yang ketiga pula, mereka berpendapat
agama adalah faktor penghalang untuk mencapai kekuatan dan kemajuan mereka akan
mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini dan mereka berpendapat caranya
adalah dengan membuka dan membebaskan agama daripada ajaran dan tafsirannya
yang sudah sekian lama menjadi pegangan mereka. Kelemahan dan kemunduran umat
Islam dianggap berpunca daripada belenggu kejumudan umat dalam mentafsir
dan mempraktikkan agama Islam. Kumpulan inilah yang digelar aliran Islam
Liberal.
Akhir sekali adalah golongan yang keempat
iaitu mereka yang mengakui akan hakikat kelemahan dan kemunduran yang dialami
umat. Namun begitu, mereka tidak salahkan agama atau selainnya kecuali kepada
diri mereka sendiri dan umat Islam seluruhnya yang leka berpegang dan
mempraktikkan ajaran Islam sebenar. Oleh itu, untuk menjadi kuat dan maju ,
umat Islam perlu mempelajari, memahami dan mempraktikkan semula secara
sepenuhnya. Formula ‘Islam Liberal’ dan ‘Islam Sekular’ tidak sama sekali menjadi
pilihan kelompok keempat ini kerana ia bukan cara untuk mencapai kekuatan dan
kejayaan yang sebenarnya. Kekuatan dan kejayaan
yang sebenar hendaklah diukur dengan neraca wahyu Ilahi yakni Islam yang
berteraskan al-Qur’an dan al-Sunnah, bukan neraca peradaban Barat yang
berteraskan materialisme dan hawa nafsu. Golongan keempat inilah yang benar.
Insya-Allah dengan kesungguhan mereka, kekuatan dan kejayaan akan kembali ke
tangan umat Islam.
Ini Acap ad sediakn beberapa ciri islam liberal..
CIRI-CIRI
ISLAM LIBERAL
1 KEBEBASAN BERFIKIR
-
Memerlukan pembaharuan dalam agama
-
Aliran
Islam liberal mengehendaki Islam melalui pemahaman dan logik akal dan mendakwa
akal juga adalah wahyu.
-
Membahagikan
wahyu kepada dua jenis iaitu wahyu bertulis (al-Quran) dan wahyu tidak
bertulis.
2 HAK ASASI MANUSIA
-
merupakan
salah satu ciri penting dalam memperjuangkan Islam Liberal.
3 PLURALISME AGAMA (PERSAMAAN ANTARA
AGAMA)
-
Golongan
Islam Liberal berpendapat Islam bukan satu-satunya agama yang benar. Bahkan
semua agama di dunia ini adalah sama dan benar berdasarkan kepada konsep
keseluruhan iaitu semua agama memiliki Tuhan dan menganjurkan kebaikan.
-
Sebagai
contoh, Nurcholis Majid berpendapat bahawa pluralisme sesungguhnya adalah
sebuah aturan tuhan (sunnatullah) yang tidak akan berubah, sehingga juga tidak
mungkin ditentang dan diingkari.
-
Demikian juga pendapat yang dikemukakan oleh Alwi Shihab di dalam
bukunya Islam Inklusif: Menuju Sikap Terbuka Dalam Beragama. Beliau berpendapat
bahawa ayat 62 surah al-Baqarah dan ayat 69 surah al-Ma’idah itu bersifat
inklusif bukannya eksklusif untuk umat Islam sahaja. Pendapat ini disokong oleh
Abd Rahman Wahid(Gus Dur), Djohan Effendi, Arief Budiman dan ramai lagi.
-
Ulil
Absar Abdalla pula mengatakan: “Semua agama sama. Semuanya menuju kebenaran.
Jadi Islam bukanlah yang paling benar.”
4 MENGKRITIK AL-QURAN TIDAK SESUAI
DENGAN ZAMAN
-
Penganut
Islam Liberal enggan menyebutkan “Allah berfirman” disebabkan mereka mendakwa al-Quran
merupakan susunan kata-kata Muhammad atau merupakan karya bersama. Mereka
berhujah bahawa teks al-Quran dalam bentuk apapun pada hakikatnya adalah produk
budaya.
-
Sebagai contoh, Nasr Hamid Abu Zayd menganggap hukum-hakam di
dalam al-Quran hanyalah sesuai dengan sosiobudaya, ekonomi, dan politik
masyarakat Arab abad ke-7 sahaja.
-
Selain
itu, muncul pula Hassan Hanafi dari Mesir yang mempelopori pemikiran Islam
Berhaluan Kiri. Beliau berpendapat bahawa nas al-Quran adalah dilalah
dzanniyyah. Manakala akal merupakan pemutus (al-Qat’iyyah) terhadap
perkara-perkara yang berkaitan dengan Ketuhanan, Kenabian dan Hari Akhirat.
-
Manakala
Muhammad Arkoun menggunakan pendekatan sejarah dalam menafsirkan al-Quran. Dan
beliau berkeyakinan bahawa sebarang kajian kritis sejarah terhadap al-Quran
merupakan satu bentuk ijtihad zaman kini. Lantaran itu, dia telah
mengintegrasikan bahan sejarah dari pelbagai agama seperti Hindu, Buddha, Injil
Perjanjian Lama dan Injil Perjanjian Baru. Beliau juga berpendapat bahawa al-Quran
itu lebih suci ketika berada di peringkat pertama jika dibandingkan dalam
bentuk bertulis.
-
Hermeneutika
mengambil kaedah penafsiran orientalis yang mengaplikasikan kaedah mentafsirkan
Bible kepada al-Quran.
.
MENGHINA NABI MUHAMMAD SAW
-
Golongan
Islam Liberal menganggap bahawa kenabian Rasulullah s.a.w hanyalah
menggambarkan kemampuan seseorang manusia yang memimpin kelompok tertentu.
-
Di
samping itu mereka juga menganggap bahawa Rasulullah s.a.w sebagai manusia yang
biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Dan umat ini pula dituduh
berpura-pura kerana mempercayai kesempurnaan yang ada pada Baginda s.a.w.
Bahkan apabila kita mengikuti teks al-Quran dan al-Sunnah, dianggap sebagai
menyembah teks berkenaan dan melupuskan fungsi akal.
6 DIBANTU OLEH YAYASAN KRISTIAN
-
Idea, pertubuhan dan individu Islam Liberal di sokong kuat dan
dibantu oleh yayasan Kristian. Antaranya Rand Corporation, Asia Foundation,
USAID, CIA yang disokong kuat oleh Amerika Syarikat.
-
Di
Malaysia, Yayasan Kristian yang membantu perkembangan Islam Liberal ialah
Konrad Adenaeur Foundation (KAF) dan Freidrich Naumann Foundation (FNF) yang
kedua-dua berasal dari Jerman.
-
Pertubuhan
ini akan memberi dana dan mempromosikan idea bagi menentang Islam
Fundamentalis.
7 MENGGUNAKAN FALSAFAH BARAT
-
Kebanyakkan pendukung Islam Liberal mengambil rujukan utama dari
pendapat falsafah Barat berbanding dengan golongan ulama.
8 MEMPERJUANGKAN GOLONGAN MINORITI
-
Misalnya
memperjuangkan kelompok agama pagan orang asli.
.
MENOLAK MAHKAMAH SYARIAH
-
Menentang poligami
Setakat nie je yg Acap bleh terangkn sedikit sebyak ttg islam liberal neh..hrp dpt beri mnfaat pd sume ea..:-)
No comments:
Post a Comment