Dah lama asenye Acap tak menhapdate blog neh..bukan pe..skank Acap busy skit..final exam pun dah nk dekat neh..so,Acap kene fokuskan lebih pada pelajaran..Hmm,ok..what's I want to talk about in this post is..(bace la tajuk post nie ape..hehe)...:-P
Petua 1
Ambil biji asam jawa. Goreng tanpa minyak lebih kurang 5 minit.
Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar
serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. Insya-Allah jika di amalkan ia
akan dapat menghilangkan parut tersebut.
Petua 2
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini
dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu
rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yang mungkin. Lama-kelamaan, parut
akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik
hitam dan jerawat di wajah.
Petua 3
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan
sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang
berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam
sebelum tidur. Insya-Allah ia amat berkesan untuk menghilangkan parut.
Petua 4
Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau
kulit pisang kapas.
Petua 5
Sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari.
Petua 6
Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih.
Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air
dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan
perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air
suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan. Stakat nie jelah yang Acap tahu..hehe..nie pun dah tulis ikut Bahasa Melayu standed..kut2 ada yang tak paham..:-P
p/s : Acap pun skank sedang praktikkan apa yang Acap tulis lam post neh..^^V
No comments:
Post a Comment