Blogger Widgets Asyraf Rusdi: ISLAM LIBERAL

Saturday, January 21, 2012

ISLAM LIBERAL

Assalammualaikum wbt sume dan slamt pagi..
Hari nie Acap nk off topic skit..kali ini ttg islam liberal..apa yg dimksudkn dgn silam liberal?..apakh kesannya?..apa punca wujudnya fhamn sebegini?..



Apa yang dimaksudkan dengan Islam Liberal? Islam Liberal adalah satu fahaman sesat yang berpunca daripada perasaan rendah diri, tidak yakin pada diri sendiri dan mengagungkan cara-cara pemikiran Barat. Menurut kamus dewan, Liberal bermaksud berpandangan atau bersifat bebas tanpa dikongkong oleh sesuatu aliran pemikiran yang lain.

Merujuk pada di atas, Islam sememangnya satu agama yang liberal. Ia membebaskan manusia daripada dibelenggu penyembahan sesama makhluk, bahkan juga ia juga membebaskan manusia daripada penindasan, kezaliman dan penghinaan sesama manusia. Agama Islam juga memiliki dasar terbuka terhadap peradaban manusia selagi ia tidak melibatkan syirik yang menyekutukan Allah SWT, perbuatan yang menyalahi syariat-Nya dan kepercayaan khurafat yang merendahkan kedudukan manusia sehingga ke arah kebinatangan.

Jadi, apa yang dimaksudkan dengan Islam Liberal? Maksudnya di sini adalah penambahan perkataan ‘Liberal’ pada Islam yang sudah semestinya liberal adalah sesuatu yang diada-adakan, tidak tulen dan meniru pengaruh-pengaruh luar. Secara tidak langsung ia akan menunjukkan unsur-unsur yang tidak memahami konsep dalam Islam itu sendiri secara menyeluruh. Apa yang dikehendaki oleh fahaman ini adalah ciri keterbukaan dan kebebasan yang lebih daripada apa yang sedia ada dalam syariat Islam yang asli lagi tulen.

Golongan ini muncul hasil dari jangka masa yang lama oleh Barat terhadap umat Islam. Secara tidak langsung, ia telah mempengaruhi umat Islam dari segi psikologi amnya. Terdapat dua fenomena psikologi yang mempengaruhi umat Islam ketika zaman kemunduran dan penjajahan iaitu penjajahan oleh negara-negara Barat dan ketinggalan dari sudut sains dan teknologi. Apabila umat Islam berhadapan dengan kedua-dua fenomena ini, sikap umat telah terbahagi kepada empat.

Golongan yang pertama adalah mereka yang merasa putus asa secara keseluruhan dan duduk diam tanpa berbuat apa-apa dan menerimanya sebagai satu ketentuan yang sememangnya merendah dan memundurkan diri mereka.

Golongan kedua pula mereka berpendapat bahawa agama adalah salah satu faktor penghalang bagi mereka untuk mencapai kemajuan dan kekuatan. Justeru itu, mereka memilih untuk memisahkan Islam daripada kehidupan seharian. Formula memisahkan ini digelar ‘sekularisme’ dan ia terbukti berkesan mengingatkan bahawa semua negara Barat yang berkuasa lagi maju mempraktikkannya.

Golongan yang ketiga pula, mereka berpendapat agama adalah faktor penghalang untuk mencapai kekuatan dan kemajuan mereka akan mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini dan mereka berpendapat caranya adalah dengan membuka dan membebaskan agama daripada ajaran dan tafsirannya yang sudah sekian lama menjadi pegangan mereka. Kelemahan dan kemunduran umat Islam dianggap berpunca daripada belenggu kejumudan umat dalam mentafsir dan mempraktikkan agama Islam. Kumpulan inilah yang digelar aliran Islam Liberal.

Akhir sekali adalah golongan yang keempat iaitu mereka yang mengakui akan hakikat kelemahan dan kemunduran yang dialami umat. Namun begitu, mereka tidak salahkan agama atau selainnya kecuali kepada diri mereka sendiri dan umat Islam seluruhnya yang leka berpegang dan mempraktikkan ajaran Islam sebenar. Oleh itu, untuk menjadi kuat dan maju , umat Islam perlu mempelajari, memahami dan mempraktikkan semula secara sepenuhnya. Formula ‘Islam Liberal’ dan ‘Islam Sekular’ tidak sama sekali menjadi pilihan kelompok keempat ini kerana ia bukan cara untuk mencapai kekuatan dan kejayaan yang sebenarnya. Kekuatan dan kejayaan yang sebenar hendaklah diukur dengan neraca wahyu Ilahi yakni Islam yang berteraskan al-Qur’an dan al-Sunnah, bukan neraca peradaban Barat yang berteraskan materialisme dan hawa nafsu. Golongan keempat inilah yang benar. Insya-Allah dengan kesungguhan mereka, kekuatan dan kejayaan akan kembali ke tangan umat Islam.

Ini Acap ad sediakn beberapa ciri islam liberal..

CIRI-CIRI ISLAM LIBERAL
1       KEBEBASAN BERFIKIR
-          Memerlukan pembaharuan dalam agama
-          Aliran Islam liberal mengehendaki Islam melalui pemahaman dan logik akal dan mendakwa akal juga adalah wahyu.
-          Membahagikan wahyu kepada dua jenis iaitu wahyu bertulis (al-Quran) dan wahyu tidak bertulis.

2       HAK ASASI MANUSIA
-          merupakan salah satu ciri penting dalam memperjuangkan Islam Liberal.

3       PLURALISME AGAMA (PERSAMAAN ANTARA AGAMA)
-          Golongan Islam Liberal berpendapat Islam bukan satu-satunya agama yang benar. Bahkan semua agama di dunia ini adalah sama dan benar berdasarkan kepada konsep keseluruhan iaitu semua agama memiliki Tuhan dan menganjurkan kebaikan.
-          Sebagai contoh, Nurcholis Majid berpendapat bahawa pluralisme sesungguhnya adalah sebuah aturan tuhan (sunnatullah) yang tidak akan berubah, sehingga juga tidak mungkin ditentang dan diingkari.
-           Demikian juga pendapat yang dikemukakan oleh Alwi Shihab di dalam bukunya Islam Inklusif: Menuju Sikap Terbuka Dalam Beragama. Beliau berpendapat bahawa ayat 62 surah al-Baqarah dan ayat 69 surah al-Ma’idah itu bersifat inklusif bukannya eksklusif untuk umat Islam sahaja. Pendapat ini disokong oleh Abd Rahman Wahid(Gus Dur), Djohan Effendi, Arief Budiman dan ramai lagi.
-          Ulil Absar Abdalla pula mengatakan: “Semua agama sama. Semuanya menuju kebenaran. Jadi Islam bukanlah yang paling benar.”

4       MENGKRITIK AL-QURAN TIDAK SESUAI DENGAN ZAMAN
-          Penganut Islam Liberal enggan menyebutkan “Allah berfirman” disebabkan mereka mendakwa al-Quran merupakan susunan kata-kata Muhammad atau merupakan karya bersama. Mereka berhujah bahawa teks al-Quran dalam bentuk apapun pada hakikatnya adalah produk budaya.
-           Sebagai contoh, Nasr Hamid Abu Zayd menganggap hukum-hakam di dalam al-Quran hanyalah sesuai dengan sosiobudaya, ekonomi, dan politik masyarakat Arab abad ke-7 sahaja.
-          Selain itu, muncul pula Hassan Hanafi dari Mesir yang mempelopori pemikiran Islam Berhaluan Kiri. Beliau berpendapat bahawa nas al-Quran adalah dilalah dzanniyyah. Manakala akal merupakan pemutus (al-Qat’iyyah) terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan Ketuhanan, Kenabian dan Hari Akhirat.
-          Manakala Muhammad Arkoun menggunakan pendekatan sejarah dalam menafsirkan al-Quran. Dan beliau berkeyakinan bahawa sebarang kajian kritis sejarah terhadap al-Quran merupakan satu bentuk ijtihad zaman kini. Lantaran itu, dia telah mengintegrasikan bahan sejarah dari pelbagai agama seperti Hindu, Buddha, Injil Perjanjian Lama dan Injil Perjanjian Baru. Beliau juga berpendapat bahawa al-Quran itu lebih suci ketika berada di peringkat pertama jika dibandingkan dalam bentuk bertulis.
-          Hermeneutika mengambil kaedah penafsiran orientalis yang mengaplikasikan kaedah mentafsirkan Bible kepada al-Quran.

.       MENGHINA NABI MUHAMMAD SAW
-          Golongan Islam Liberal menganggap bahawa kenabian Rasulullah s.a.w hanyalah menggambarkan kemampuan seseorang manusia yang memimpin kelompok tertentu.
-          Di samping itu mereka juga menganggap bahawa Rasulullah s.a.w sebagai manusia yang biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Dan umat ini pula dituduh berpura-pura kerana mempercayai kesempurnaan yang ada pada Baginda s.a.w. Bahkan apabila kita mengikuti teks al-Quran dan al-Sunnah, dianggap sebagai menyembah teks berkenaan dan melupuskan fungsi akal.

6       DIBANTU OLEH YAYASAN KRISTIAN
-           Idea, pertubuhan dan individu Islam Liberal di sokong kuat dan dibantu oleh yayasan Kristian. Antaranya Rand Corporation, Asia Foundation, USAID, CIA yang disokong kuat oleh Amerika Syarikat.
-          Di Malaysia, Yayasan Kristian yang membantu perkembangan Islam Liberal ialah Konrad Adenaeur Foundation (KAF) dan Freidrich Naumann Foundation (FNF) yang kedua-dua berasal dari Jerman.
-          Pertubuhan ini akan memberi dana dan mempromosikan idea bagi menentang Islam Fundamentalis.

7       MENGGUNAKAN FALSAFAH BARAT
-           Kebanyakkan pendukung Islam Liberal mengambil rujukan utama dari pendapat falsafah Barat berbanding dengan golongan ulama.

8       MEMPERJUANGKAN GOLONGAN MINORITI
-          Misalnya memperjuangkan kelompok agama pagan orang asli.

.       MENOLAK MAHKAMAH SYARIAH
-          Menentang poligami

Setakat nie je yg Acap bleh terangkn sedikit sebyak ttg islam liberal neh..hrp dpt beri mnfaat pd sume ea..:-)


  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...